Sabtu, 15 November 2008

diARi MEmoRi SEmalAM..


Pertemuan semalam, hari ini dan esok,Pertemuan semalam manisnya bagai madu yang diteguk segalanya indah membalut hati resah untuk tenang lupa pada kisah silam yang pilunya bukan kepalang, Pertemuan hari ini terasa madunya kian susut entah ... tertahankan ia pada hukum alam menghakis sirna yang mendatang kekal pada azali kejadian
Pertemuan hari esok makin sukar untuk aku meramalkan mungkin kemanisan itu akan hilang terus..... tapi aku pasti madu itu pasti akan kembali terisi andai pertemuan dulu diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.Kau datang lagi.. Kala aku sendiri kau datang lagi menghamparkan duri-duri menikam batin ini dengan ganasnya tiada rasa simpati
Aku tahu kau telah berjanji akan mengheretku bersamamu selagi aku bernyawa dan terus berjuang menuju jalan yang telah disuratkan...Kau tak pernah puas dengki dengan kejayaanku benci dengan perlakuanku malah kau campakan aku agar aku terjatuh seperti dirimu
Usahlah dikau berselindung aku tahu siapa engkau dan siapa aku
Insan............. bila kita mencermin diri, adalah sebaliknya seminit dengan mendalam engkau menatap engkau tanya satu soalan kepada insan dicermin untuk siapakah engkau sememangnya.................sukar........ hidup seribu insan namun pasti ada suratan pasrah akan menyahut biarpun pahit namun tetap akan ditelan kerana hidup sukar dimengertikan ibarat mimpi dalam khayalan...seandainya diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia juga adanya suara yang kuat bergema akan kulontarkan satu kata biar ia berserakkan di mana-mana biar ia tertusuk di sanubari remaja, dewasa, lelaki, wanita... bahawa cinta adalah suci dan biarlah cinta itu suci dan abadi... usah sesekali merobek dan mencalarkan kesucian cinta....dan mengertilah....
mencintai tidak semestinya memiliki......
...sekadar renungan...
(diciplak dan diedit untuk pedoman bersama..)

Tiada ulasan: