Selasa, 6 Januari 2009

2009 kini menjelma....

KIRanyA sudaH HamPIr dua bulan jemarI ini Tidak mencoretkan sesuatu buat tatapan dan pedoman kalian. Mungkin tiada kesempatan bagi melakar suatu titipan namun jemari ini melapangkan jua waktu bagi memenuhi ruangan yang masih sepi tanpa penghuni. Disini ku mula tarikan kembali jemari ku yang sudah lama terhenti, ucapan aluan sejuta kehormatan buat kalian yang sudi menatapi warkah yang tidak seberapa ini. Ketika kutarikan jemari ini, hatiku dilanda sepi, sesepi kekura ditasik tanpa penghuni...aku hilang pegangan, hilang panduan.. apakah tersalah arah atau terselingkuh dipersimpangan?? Aku jadi tidak keruan..apa yang aku cari sebenarnya...hidupku bagai tiada arah tujuan...bagai tiada destinasi yang pasti untuk aku kunjungi...tahun 2009 kini menjelma, ku langkaui semula bibit-bibit kenangan lalu, sudah setahun berlalu tanpa kita sedari. Apakah semua yang kita impikan pada tahun yang lalu sudah kita gapai?? Tetiba air jernih ditelaga mata aku tidak tertahan lagi, tidak dapat dibendung lagi bagaikan empangan yang sudah tidak mampu menampung limpahan penghuni, memori duka yang ingin aku lupai bertandang kembali..mungkin tanpa kalian sedari hati kecil ini sentiasa di lukai dan akhirnya parah.. namun diri ku masih memendam dan cuba merawat luka itu agar tiada pihak terluka kerana kedukaan ku...ku teramat sedar tentang kekurangan diriku.. namun wajarkah diriku dihina sebegitu seolah-olah diriku tidak mempunyai maruah dan tidak mempunyai perasaan..namun demi menjaga hati sesama insan..ku tabahkan jua..kuukir semula senyuman dibibir walaupun tidak seindah bunga di taman syurgawi...mungkin kekadang kita terlupa dan tidak mampu menyedari apa yang dilakukan...namun mengertilah dan waspadailah tindakan kita agar tiada lagi kedukaan bertandang...memori-memori kedukaan ini, sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti kehidupan, erti sebuah persahabatan dan erti sebuah ikatan yang suci... maafkan aku kalian sekiranya aku ada melakukan kesilapan...oh tuhan, ampunkan dosa-dosa ku...aku banyak melakukan dosa-dosa...semoga kesepian ku dapat aku ubati segera...semoga hidup kita semua dirahmati hendaknya....semoga kedatangan tahun baru memberi sejuta makna buat kita semua...

Tiada ulasan: